comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerajaan jamin tidak guna tanah milik rakyat miskin, bina MRSM berbayar

Oleh Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Kerajaan beri jaminan untuk tidak menggunakan tanah milik rakyat miskin untuk membina Maktab Rendah Sains MARA MRSM berbayar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya perkara itu bakal menggunakan kaedah perkongsian pintar atau ‘smart partnership’ dengan beberapa pihak swasta.

“Tentang penggunaan tanah saya beri jaminan bahawa jikapun MRSM (Berbayar) akan didirikan, ianya saya pastikan tidak menggunakan tanah rakyat miskin untuk pembinaan.”

“Tetapi kita bekerjasama dengan beberapa pihak menggunakan ‘smart partnership’ untuk pembinaan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dewan Rakyat.

Selain itu, beliau juga bakal meneliti isu mengenai kos tersembunyi yang dikenakan ke atas pelajar dari kumpulan B40.

“Saya akan bertemu dengan Pengerusi Muafakat Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIBG MRSM masing-masing dan kita akan mencari jalan agar anak-anak B40 tidak terbeban.”

“Kita akan lakukan sesuatu yang amat berbeza,” katanya.

Semalam Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar MRSM berbayar diwujudkan khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi.

Menurut beliau, cadangan itu adalah hasil pandangan yang diperoleh daripada ramai pihak.

Datuk Dr Asyraf berkata, MRSM berbayar itu boleh diuruskan oleh Kumpulan Mara Corporation (Mara Corp).

Loading...
Terkini