comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Johor pandang serius isu kelewatan penghantaran makanan ke PPS

KOTA TINGGI: Kerajaan Johor memandang serius kelewatan penghantaran makanan kepada mangsa yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Exco Johor, Norlizah Noh berkata, kelewatan itu telah menjejaskan ratusan mangsa banjir.

“Kes ini amat serius dan tidak boleh berulang lagi bagi memastikan kebajikan mangsa banjir terus terbela.

“Kerajaan Johor memandang serius isu kelewatan makanan tiba di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tajul, semalam” katanya.

Jelasya, kelewatan itu terlalu lama kerana makan tengah hari sampai selepas jam 6 petang.

“Kesian pada anak kecil dan warga emas kerana mereka tiada akses keluar masuk.

“Saya berharap selepas ini agensi terbabit sentiasa maklumkan keadaan semasa jika berlaku masalah kekurangan bekalan dan sebagainya supaya pihak lain dapat menyalurkan bantuan segera,” katanya.

Beliau ditemui selepas meninjau pusat bandar Kota Tinggi yang ditenggelami banjir sejak tiga hari lalu.

Semalam seramai 224 mangsa banjir daripada 67 keluarga di PPS SJKT Tajul, terpaksa menahan lapar lebih enam jam selepas makanan tengah hari tiba lewat.

Norlizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, dilaporkan berkata, kerajaan Negeri memahami insiden luar jangka termasuk kelewatan jika bencana besar berlaku.

“Namun tempoh kelewatan sehingga enam jam tidak wajar berlaku terutama membabitkan mangsa banjir,” katanya.

Loading...
Terkini