comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Johor serah peruntukan RM2.46 juta untuk 56 wakil rakyat

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2.46 juta kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Johor bagi melaksanakan tiga program di kawasan masing-masing.

Ia membabitkan Program Southern Volunteers (SV) Prihatin@Johor Future, Sukan Bangsa Johor (SBJ) dan Misi Jejak Perusahaan Kecil, Mikro dan Sederhana (PMKS) bagi tahun 2024.

Simbolik penyerahan peruntukan itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Hairi Mad Shah ketika seisi sidang Dewan Undangan Negeri berhenti rehat untuk makan tengah hari.

Setiap DUN akan menerima peruntukan sebanyak RM44,000 membabitkan RM20,000 bagi Program SBJ, Program SV Prihatin@Johor Future (RM10,000 – Program Dekorasi Rumah Miskin Tegar) dan Misi Jejak PMKS (RM14,000- Bantuan pembelian barangan kepada 5 usahawan).

Menurut Mohd Hairi, Kerajaan Negeri yakin peruntukan itu akan memudahkan wakil rakyat menyalurkan bantuan bagi menjayakan tiga program terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini