
IPOH: Kerajaan akan mengkaji cadangan menaikkan harga siling beras putih tempatan seperti yang diutarakan badan kawal selia padi dan beras semalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kajian tersebut akan melibatkan penelitian terhadap semua aspek bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripada keputusan yang dibuat.
Jelasnya kajian berkenaan juga perlu dilakukan atas cadangan daripada beberapa pihak kerana harga yang ditetapkan tidak pernah berubah sejak 2008.
Semalam Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Datuk Azman Mahmood menegaskan harga siling BPT wajar dinaikkan kepada RM3.20 sekilogram berbanding RM2.60 ketika ini.
Ia bagi menjaga masa depan semua pihak yang terbabit dalam rantaian pengeluaran bahan makanan itu terutama pesawah.
| ARTIKEL BERKAITAN:
- PM jamin harga beras tempatan tidak naik
- [VIDEO] Tiada bekalan beras tempatan sejak beberapa bulan lalu – Pemborong
- Op Jamin diteruskan tangani isu bekalan beras – Zahid
- Cuaca tidak menentu, penyakit padi punca gangguan bekalan beras putih tempatan – LPP
- Cadangan larangan jualan beras putih tempatan kepada warga asing tidak relevan – FOMCA
- Jualan Rahmah Beras perlu seiring dengan usaha mengembalikan beras putih tempatan
- Bekalan beras cukup hingga hujung tahun – MB Selangor