comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerajaan kekal tegas teruskan reformasi Parlimen – PM

Oleh: Azwaliza Azman

PETALING JAYA: Kerajaan kekal tegas untuk terus memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif menerusi reformasi Parlimen bagi memperkukuh demokrasi berperlembagaan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI juga tegas dalam meningkatkan ketelusan pentadbiran institusi Parlimen.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di akaun media sosial X miliknya.

Foto: Anwar Ibrahim / X

Ujar Datuk Seri Anwar, Kerajaan MADANI telah mengorak langkah memulakan agenda reformasi Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat pada 2023 dengan mengadakan Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara, Perbahasan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan penambahbaikan sidang Kamar Khas.

Foto: Anwar Ibrahim/ X

Beliau turut memaklumkan telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini, bagi bertukar pandangan dan membincangkan agenda terkait cadangan dasar untuk menggubal Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen.

“Parlimen merupakan institusi yang penting dalam sesebuah negara dan berfungsi sebagai semak dan imbang terhadap kuasa eksekutif kerajaan,” katanya.

Loading...
Terkini