comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Kelantan peruntuk sagu hati RM500 kepada pelajar cemerlang SPM, STPM, STAM

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Kelantan Wan Roslan Wan Hamat.

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju memberi sumbangan wang sagu hati RM500 kepada pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata sumbangan itu akan diberikan kepada pelajar yang memperolehi keputusan 9A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kita juga bersetuju memberi sumbangan wang sagu hati kepada pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang memperolehi keputusan Mumtaz dan pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang memperolehi lima prinsipal.

“Pelajar yang layak boleh memohon kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) bermula 2 sehingga 16 Jun di bawah urusetia oleh YIK,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Wan Roslan berkata semua pelajar yang memenuhi syarat ditetapkan di Kelantan atau berada di luar negeri boleh memohon.

Beliau berkata pelajar berasal bukan dari Kelantan yang menuntut di sekolah-sekolah di negeri ini boleh memohon wang sumbangan sagu hati ini kerana keputusan cemerlang mereka menaikkan nama negeri Kelantan.

“Jumlah peruntukan bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima oleh YIK dan kerajaan negeri akan meluluskan peruntukan ini,” katanya.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini