comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan kemuka usul gantung Ahli Parlimen Tasek Gelugor 6 bulan

Oleh: Izzatie Rizan

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat mengemukakan usul meminta supaya Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan.

Usul berkenaan dijangka dibentang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam kandungan usul seperti tertera dalam AUM itu, tindakan sedemikian diambil selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menyalahgunakan kuasanya.

Terdahulu Wan Saiful dikatakan membuat dakwaan itu ketika membahas titah diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Rabu lalu.

Kenyataan Wan Saiful turut mencetuskan kekecohan dalam dewan sehingga memaksa pemimpin BERSATU itu menarik balik kenyataannya atas arahan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Wakil rakyat Bersatu itu juga didakwa menggunakan nama Agong bagi mempengaruhi majlis mesyuarat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini