comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan komited selesai isu kesesakan di ibu kota

 

Dr Zaliha pada sidang media selepas membuat lawatan ke Balai Polis Trafik Jalan T.H.S Lee, hari ini. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited mencari penyelesaian berhubung isu kesesakan jalan raya di ibu kota menerusi perbincangan bersama pemegang taruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk kerjasama yang erat antara Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Hari ini saya dalam lawatan kerja bagi meninjau kesesakan trafik di Kuala Lumpur, saya juga mendapat taklimat khusus dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengenai permasalahan trafik di Kuala Lumpur.

“Jawatankuasa Kabinet bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas juga mengemukakan beberapa cadangan bagi permasalahan kesesakan di Kuala Lumpur ini,” katanya pada sidang media di Balai Polis Tun HS Lee, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Menurutnya, mengikut rekod antara 1.3 hingga 1.5 juta kenderaan masuk ke ibu kota setiap hari atas urusan kerja.

“Kita dapati kesesakan akan berlaku pada waktu puncak bermula jam 6 pagi dan waktu pulang kerja.

“Perkara ini ada dibincangkan di Jawatankuasa Kabinet bagi mengatasi kesesakan jalan raya dan kita sentiasa komited bagi mencari penyelesaian,” katanya.

Loading...
Terkini