comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM umum baucar buku RM100 untuk murid tahap dua, IPT


Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan pemberian baucar buku bernilai RM100 untuk kegunaan para pelajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagaimanapun bagi mengurangkan tekanan kewangan kerajaan, insentif ini hanya akan diberi kepada murid tahap dua, sekolah menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

“Mungkin kita tidak boleh beri kepada semua sekaligus, saya cadangkan umpamanya, kita boleh teruskan dengan voucher RM 100 itu dan untuk tahun ini kita mulakan dengan Darjah Empat (sekolah rendah), sekolah menengah, dan universiti.

“Kita akan beri juga panduan ada buku-buku, novel-novel klasik, novel-novel daripada sasterawan terkemuka, ada senarai yang kita usulkan senarai buku-buku supaya sebahagian voucher itu digunakan untuk membeli buku-buku yang diusulkan, sebahagian lagi kita beri kelonggaran untuk anak-anak memilih sendiri,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, petang tadi.

Perdana Menteri berkata, baucar berkenaan boleh dituntut melalui mekanisme yang akan diumumkan, mulai jam 2 petang esok dan boleh diguna pakai di PBAKL.

Beliau turut menyarankan pembelian bahan bacaan berkaitan digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI), selain menggesa pembacaan bahan yang dapat menambah informasi, ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini