comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan MADANI berperang dengan rasuah – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan), melihat lakaran pelan projek ketika majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bukit Jalil, hari ini. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI dibawah kepimpinannya ketika ini sedang berperang dengan rasuah dan penyelewengan.

Jelasnya, sebagai pemimpin negara beliau mahu gejala itu dapat dihapuskan demi pembangunan Malaysia yang lebih baik.

“Kerajaan MADANI berperang sekarang dengan rasuah, penyelewengan, orang bicara Islam, tapi merompak hasil kekayaan negara kita.

“Saya tidak mahu hal ini berlaku, mesti ada pengajaran, mustahil kita semak hampir tiap kontraktor ada sahaja bocor hilang dananya, negara mana boleh mampu maju kalau tiap kali ada tiris ratusan juta, berbilion ringgit,” tegasnya.

Tambah Datuk Seri Anwar, setiap pemimpin perlu memberi contoh yang baik kepada rakyat bagi mengangkat darjat Islam dalam negara, serta tatakelola yang cekap dan pantas.

“(Adakah) Pemimpin jadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan mesti miliki ratus juta ada bilion ringgit. Bila kita minta isytihar harta, marah.

“Kalau saya diminta isytihar harta, esok saya istihar, baru jadi pemimpin contoh,” katanya lagi.

Justeru ujarnya, seluruh jentera kerajaan dan swasta perlu dibersihkan dari gejala itu demi masa depan yang baik untuk negara.

“Kita mampu (menangani rasuah), tapi syarat seluruh jentera harus dibersihkan, kadang-kadang tazkirah banyak, pakai kopiah putih ramai, tapi sakau ramai juga, ini memeningkan kita.

“Jangan pandang ringan, aneh kadang-kadang saya bagitau kawan-kawan untuk perang lawan rasuah pun tak kena, yang pertahankan rasuah besar pun tak kena. Saya tak faham apa yang kurang di Malaysia,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Kompleks SMISTA di Bukit Jalil hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini