comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan MADANI hargai, iktiraf peranan pekerja – PM

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan terus menghargai serta mengiktiraf setiap peranan dimainkan pekerja dalam menjadi penggerak utama kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.

Beliau berkata, Malaysia meraikan Hari Pekerja hari ini bukan sebagai agenda pesta tahunan, tetapi untuk mengiktiraf setiap peranan pekerja bermula peringkat rendah hingga pihak pengurusan.

“Saya harap Hari Pekerja pada tahun ini akan memberikan rangsangan supaya pengiktirafan itu, dari segi ganjaran, rasa hormat dan rasa ihsan kepada pekerja, dapat kita tingkatkan,” katanya menerusi video yang dimuat naik dalam Facebook beliau, hari ini.

Kerajaan MADANI, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih atas usaha dan kerja kuat yang ditunjukkan pekerja selama ini.

Sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan dengan tema ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.- BERNAMA-

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini