comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan MADANI komited kurangkan jejak karbon, galak amalan mampan – PM

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI komited untuk mengurangkan jejak karbon negara dan menggalakkan amalan mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar yang bertujuan mengurangkan pelepasan karbon, menggalakkan kesaksamaan sosial, mewujudkan peluang pertumbuhan baharu dalam ekonomi hijau serta memastikan tadbir urus yang telus.

“Susulan itu, kita telah memperuntukkan dana yang besar kepada tenaga boleh baharu, melabur dalam sumber tenaga bersih dan mampan,” kata beliau menerusi catatan di laman sosialnya hari ini.

Mengenai pertanian mampan, Datuk Seri Anwar berkata, negara menyokong amalan pertanian mesra alam untuk menjamin alam sekitar yang baik bagi jangka masa panjang.

Beliau berkata tambahan pula, Malaysia sedang membangunkan penyelesaian pengangkutan hijau untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kesalinghubungan.

“Bersama-sama, kita boleh membina Malaysia yang lebih mampan dan saksama untuk generasi akan datang,” kata Perdana Menteri.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini