comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Negeri Johor Tanggung Kos Penempatan Sementara Mangsa Ribut

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU : 31 keluarga yang terjejas akibat ribut di Rumah Pangsa Ros Merah, Taman Johor Jaya ditawarkan penempatan sementara di Projek Perumahan Rakyat, PPR Pelangi Indah dan kos berkaitan ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri Johor.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor (kanan) menyampaikan bantuan wang ihsan kepada mangsa ribut.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pemindahan ke PPR Pelangi Indah bersifat sementara dan mangsa akan pulang semula ke kediaman masing-masing selepas kerja baik pulih bumbung rumah yang tercabut siap dalam tempoh lapan minggu.

“Selepas tawaran dibuat hanya 18 keluarga sahaja yang menerima tawaran, bakinya menolak atas alasan berpindah ke rumah saudara mara” katanya selepas menyerahkan bantuan wang ihsan kepada mangsa ribut di Johor Bahru, petang semalam.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor (kiri) beramah mesra dengan penerima bantuan wang ihsan mangsa ribut.

Keluarga yang terjejas sebelum ini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara, PPS Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya

PPR Pelangi Indah terletak hanya lima kilometer dari PPS Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya.

Datuk Mohd Jafni berkata, setiap keluarga mangsa turut menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM2,500.

Ia termasuk Bantuan wang ihsan ini daripada kerajaan negeri brjumlah RM1,000, Yayasan Majlis Bandaraya Johor Bahru RM1,000 dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) RM500.

Tambahnya, MAINJ juga menghulurkan bantuan sebanyak RM300 kepada 18 pelajar yang terkesan.

Loading...
Terkini