comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan negeri Melaka bantu mangsa nahas bas

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdul Hakim Abdul Wahid menziarahi mangsa kemalangan di Hospital Muadzam, Pahang.-Foto: Ab Rauf/ Facebook

MELAKA: Kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa kemalangan bas persiaran dengan sebuah treler yang menyebabkan tiga maut termasuk dua guru, dalam kejadian di Rompin, Pahang, awal pagi tadi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata kejadian itu membabitkan dua guru iaitu Hasnatul Adilah Hassan, 48, dan Hamzah Ahmad, 60, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, manakala 36 lagi penumpang cedera.

“Saya turut mewakilkan EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Setiausaha Politik saya, Abdul Hakim Abdul Wahid serta Pengarah Pendidikan Melaka, Mohammad Ghazali Ahmad untuk menziarahi dan memberikan bantuan segera kepada semua mangsa yang cedera di Hospital Muadzam.

“Kerajaan negeri akan memantau perkembangan tragedi ini dari semasa ke semasa. Segala urusan jenazah akan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Melaka,” katanya katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ab Rauf berkata, kerajaan negeri berduka dengan tragedi yang menimpa semua mangsa.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini