comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan negeri sedia bantu Faisal – MB Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor sedia menghulurkan bantuan bagi tujuan perubatan atau rawatan pemain Selangor FC, Faisal Halim yang melecur tahap empat selepas disimbah asid, Ahad lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan akan diberikan sama ada melalui dana kerajaan negeri atau pun dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) anak syarikat kerajaan negeri.

“Saya turut menyatakan kepada FAS (Persatuan Bolasepak Selangor) kalau ada kebarangkalian atau keperluan tambahan untuk perubatan atau rawatan kepada Faisal, sila nyatakan dan kerajaan negeri bersedia membantu.

“Ini yang kita boleh laksanakan untuk (membantu) proses penyembuhan serta pemulihan Faisal,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Muhibah Aidilfitri MBI Selangor di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), di sini, hari ini.

Pada masa sama, Amirudin berharap kejadian yang berlaku ke atas Faisal bukan sabotaj yang sengaja dilakukan menjelang perlawanan Liga Malaysia (Liga M) nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini