comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Perpaduan berdepan rintangan ekonomi dijangka berkembang perlahan tahun depan

Amirudin Shari berucap pada program Jelajah Selangor Penyayang Daerah Hulu Selangor. – FOTO: Amirul Aiman Hamsuddin

HULU SELANGOR: Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersedia menghadapi cabaran dan rintangan ekonomi yang dijangka berkembang perlahan tahun depan.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, barisan kabinet baru kali ini juga bakal berdepan cabaran besar khususnya menterjemahkan kepercayaan diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15.

“Saya percaya setelah berbincang panjang dengan komponen parti yang bersetuju kepada kerajaan perpaduan ini, mereka telah memilih calon-calon yang sebaik mungkin menjamin kestabilan pentadbiran dengan jaminan dua pertiga majoriti.

“Ini seterusnya membawa kepada tanggungjawab dan tugasan selaku pentadbiran dan pengurusan tertinggi dalam negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Jelajah Selangor Penyayang Daerah Hulu Selangor di Persiaran As Salam, Bukit Sentosa, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, biarpun ada pelbagai pandangan tertentu berhubung pelantikan beberapa individu dalam kabinet, namun beliau percaya keputusan itu rumusan terbaik.

Ia diputuskan hasil semangat perpaduan yang lahir daripada kerajaan terbabit.

Loading...
Terkini