comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Perpaduan janji akan lebih banyak lakukan usaha bantu rakyat

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Hampir 22 bulan Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pentadbiran negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai pencapaian telah dihasilkan sepanjang tempoh berkenaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata isu ekonomi menjadi asas kerajaan ketika menggalas tanggungjawab mentadbir negara.

“Yang pertama, untuk memastikan pembangunan negara kita mapan dengan meletakkan satu landasan yang baru yang telah diumum dibawah Kerangka Ekonomi MADANI.

“Setahun selepas Ekonomi MADANI diumumkan bersekali dengan Pelan Induk Eknomi Baharu dan juga Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Kita telah saksikan jumlah pelaburan yang cukup baik, meningkat suku demi suku kalau dibandingkan dengan tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri INTAN Minister’s Conversation 2024 (IMC) di ibu negara hari ini.

Malah, Fahmi berkata keyakinan di kalangan pelabur asing juga telah diterjemahkan dengan kekuatan yang dilihat dari segi nilai mata wang Ringgit.

Dalam masa sama jelas beliau, rakyat bukan sahaja mengharapkan pentadbiran dari segi politik yang stabil, tetapi kebaikan itu melimpah kepada rakyat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini