comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerajaan salur peruntukan tambahan RM150 juta untuk pasca banjir Johor

 

 

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta untuk projek pasca banjir di Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan peruntukan itu akan disegerakan.

“Kabinet telah beri ini (projek pasca banjir) sebagai keutamaan dan memutuskan semua jentera kementerian melibatkan diri dalam program dan projek pasca banjir.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah turun (tinjau) dan kenal pasti projek bersama Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) dan Kerajaan Negeri Johor,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Semalam, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap kerajaan pusat akan menyalurkan peruntukan khas kepada negeri ini bagi membaiki infrastruktur awam yang rosak dan harta benda yang musnah, akibat banjir.

Baginda bertitah, hingga hari ini masih terdapat banyak kawasan yang belum pulih sepenuhnya, terutama di Batu Pahat, sejak negeri itu dilanda banjir pada 28 Februari lalu.

Mengulas lanjut, Anwar menyeru badan bukan kerajaan (NGO), pihak universiti dan sukarelawan dari jabatan kerajaan untuk turut turun segera membantu rakyat Johor menghadapi pasca banjir.

Foto : NSTP

“Saya telah hubungi Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) dan Kerajaan Negeri Selangor untuk berikan bantuan segera.

“Sekarang pasca banjir perlu sukarelawan ramai, keperluan asas lain dan kemudahan seperti alat penyembur air. Semua ini akan ditambah oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan, 82,831 mangsa banjir di negeri berkenaan telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Daripada jumlah itu, 26,879 mangsa masih berada di 102 PPS.

Loading...
Terkini