comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerajaan salur RM80 juta kepada MIMOS

 

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: MIMOS Berhad  dilantik sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang bertanggungjawab sebagai pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN) atau Digital ID dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim peruntukan itu akan disalurkan kepada MIMOS pada minggu hadapan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyegerakan pelaksanaan program berkenaan.

“Saya memutuskan untuk MIMOS menyelenggarakan ID Digital untuk Malaysia. Ada keperluan segera, ada peruntukan untuk maksud tersebut (Digital ID) yang diluluskan KDN.“Untuk mempercepatkan proses itu, kita segerakan dan minta program pelaksana itu diawalkan. Saya mendapat jaminan bahawa ia dapat disegerakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang dengan syarat kerajaan meluluskan peruntukan,”

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan rasmi ke MIMOS Berhad di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa selain peruntukan awal, beberapa peraturan kelulusan lain yang berkaitan dengan program ID Digital juga akan diselesaikan sebelum akhir bulan ini.

Beliau menjelaskan ID Digital diperlukan bagi membantu kerajaan melaksanakan program subsidi bersasar serta program-program lain yang dirancang untuk rakyat.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar juga mahu jentera penyelidikan sains dan teknologi negara diperkasakan selari dengan tranformasi digital yang merupakan antara tonggak dalam pendekatan negara MADANI.

Loading...
Terkini