comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan sasar 10 peratus rakyat mempunyai ilmu asas pertahanan awam 

Armizan Mohd Ali (kanan) bersama Amirudin (kiri) menyerahkan kad perakuan lantikan anggota APM kepada maskot APM, CD dan C DA sambil disaksikan Aminurrahim (tengah). – FOTO: NSTP

BANGI: Kerajaan meletakkan sasaran memastikan 10 peratus daripada keseluruhan rakyat di negara ini mempunyai ilmu asas pertahanan awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, peningkatan sasaran itu seperti ditetapkan Pertubuhan Pertahanan Awam Antabangsa (ICDO) supaya 10 peratus rakyat setiap negara diberikan latihan asas pertahanan awam.

Mengulas kedudukan Malaysia, beliau berkata sehingga kini kadar semasa menunjukkan 2.1 juta rakyat Malaysia mempunyai ilmu pertahanan awam atau pada kadar 6.3 peratus.

“Jadi perjalanan kita masih jauh untuk mencapai sasaran itu,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam  hari ini.

Ia dihadiri Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM), Aminurrahim Mohamed.

Pada majlis sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ditauliahkan sebagai Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam.

APM turut menubuhkan 12 pasukan bantuan (CDA) berdasarkan tiga skop bantuan utama iaitu latihan, kepakaran dan pelbagai.

Loading...
Terkini