comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan sasar 10,000 huffaz ikuti program TVET menjelang 2027

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada program Himpunan 24K Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan. – FOTO: NSTP

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sejak dilancarkan Program Ekplorasi TVET-Tahfiz, seramai 622 huffaz dari 17 pusat tahfiz mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Dalam tempoh kurang 2 tahun sebanyak 17 pusat tahfiz membabitkan 622 pelajar ikuti khusus TVET.

“Menjelang 2027 kerajaan menyasarkan 10,000 pelajar tahfiz mengikuti program TVET diseluruh negara,” katanya dalam ucapan Majlis Himpunan 24K Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Menurutnya lagi kerajaan juga dalam usaha menyelaraskan mata pelajaran dan sijil yang lain bagi memudahkan huffaz melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti

“Tahun lalu sebanyak 1.9 billion diperuntukan untuk program berkaitan agama Islam dan saya jangka tahun depan kerajaan akan meningkat peruntukan itu kepada 2 billion,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 1,199 mahad tahfiz telah didaftar dibawah JAKIM dan terdapat 125,000 pelajar yang berdaftar.

“Pun begitu terdapat 2,500 mahad tahfiz lagi di dalam negara yang tidak berdaftar kerana tidak cukup syarat..

“Jadi kita perlu cari jalan dan peruntukan untuk memudahkan pendaftaran kepada yang masih tidak berdaftar,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini