comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Selangor tubuh task force bantu anak-anak dikaitkan GISBH

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KAJANG: Kerajaan Selangor akan menubuhkan taskforce bagi membantu anak-anak yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd dari pelbagai aspek.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia merangkumi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan memberi fokus memulihkan dan mendapatkan maklumat asas daripada mereka.

“Sebahagian besar daripada mereka semua ini kalau ikutkan diisytiharkan sebagai anak yatim dan duduk di pusat perlindungan, tetapi mereka sebenarnya mempunyai ibu dan ayah. Justeru, kita perlu pastikan nasab dan keturunan mereka terlebih dahulu.

“Daripada dapatan awal ada yang seawal 47 atau 48 hari sudah dibawa ke pusat-pusat ini dan ada juga yang tidak berhubung dengan ibu ayah sekian lama.

“Jadi kita perlukan sedikit masa untuk kita kawal, tetapi yang penting bagaimana kita menanganinya selepas tempoh masa tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada sesi lawatan ke pusat perlindungan JKM di sini hari ini.

Tambahnya setakat ini lebih 200 dari 400 anak selangor ditempatkan di tiga kawasan selamat dibawah JKM, dan akan ditambah jika berkeperluan.

“Bagi langkah jangka pendek, JAIS akan menghantar Aatizah dan sukarelawan, manakala JKM turut menyediakan kaunselor.

“Kita juga mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Pendidikan yang akan turut membantu proses kemasukan ke sekolah awal dan sebagainya,”

Mengulas mengenai keadaan anak- anak berkenaan, Amirudin berkata mereka masih mengalami ketidakstabilan emosi dan fizikal.

“Emosi dan fizikal mereka bercampur-campur dan kita lihat dinding doktrinisasi kepada anak-anak ini tebal dan semakin berusia semakin menebal.

“Daripada maklumat asas mereka boleh membaca, mengira dan memahami, ini bermakna anak-anak ini ada dalam sistem pembelajaran mereka, tetapi dalam sistem itu mungkin ada yang tersilap,terseleweng diajarkan terkeluar daripda asas pembelajaran

“Hal ini memerlukan usaha semua pihak, sebab itu taskforce ini penting sebab kita akan panggil semua pihak yang bertanggungjawab atau satu persatu dari segi pendaftaran emosi,akidah, kefahaman, minat dan pendidikan mereka,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini