comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan semak cadangan naikkan tarif air – Nik Nazmi

BANTING: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sedang melaksana cadangan semakan semula tarif air agar dapat memberi pulangan modal setimpal dengan kos operasi.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan Persekutuan sedar bahawa kemampanan kewangan operator air memainkan peranan penting dalam mutu penyampaian perkhidmatan bekalan air.

Katanya, “Kami sedia maklum bahawa terdapat negeri-negeri yang masih menggunakan tarif yang lama dan tidak pernah disemak sejak lebih 20 tahun lalu dan perkara ini sedang dalam tindakan NRECC.”

Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Tambah Nik Nazmi, pada masa sama pihaknya akan memastikan supaya sebarang kenaikan tarif tidak akan membebankan golongan yang kurang berkemampuan.

Beliau ditemui selepas berucap pada Majlis Pecah Tanah Skim Bekalan Air Rasau di Kampung Seri Cheeding hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pada majlis itu, Nik Nazmi turut mengumumkan negeri Selangor dan Johor merupakan dua negeri terbaik dalam pengurusan Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu di bawah 30 peratus. – BERNAMA

Loading...
Terkini