comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan setuju perluas Skim Keilatan kepada pekerja asing – Steven Sim

FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk memperluaskan Skim Keilatan kepada pekerja asing yang bekerja di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.berkata, ketika ini kebajikan pekerja tempatan termaktub di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta 4 iaitu Skim Bencana Pekerja dan Skim Keilatan, manakala pekerja asing hanya ada Skim Bencana Pekerja.

“Perlindungan Skim Keilatan itu adalah bersifat 24 jam meliputi keilatan dan kematian atas pelbagai sebab kepada pekerja asing terbabit.

“Ada enam faedah kesemuanya iaitu faedah ilat, pencen ilat, bantuan ilat, elaun layanan sentiasa, kemudahan pemulihan jasmani, pencen penakat dan kemudahan pengurusan mayat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Pengurusan Pekerja Asing bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini hari ini.

Sim berkata, ketika ini sekiranya berlaku keilatan di luar bencana kerja, perkara berkenaan tidak membabitkan kos penghantaran pulang jenazah yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan atau pihak majikan.

“Dengan adanya Skim Keilatan yang ditawarkan kepada pekerja asing, maka di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mereka akan mendapat RM4,500 untuk bantuan kos penghantaran pulang jenazah pekerja asing itu.

“Ini sudah tentu kita lihat daripada data dan statistik yang terkini, sebab sebelum ini PERKESO melaksanakannya secara tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya skim itu juga, dalam isu penghantaran pulang jenazah sahaja PERKESO mampu berjimat kira-kira RM25.38 juta setahun dan itu adalah manfaat besar di bawah Skim Keilatan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini