Tumpuan :
Nasional

Kerajaan sudah ambil langkah tegas terhadap Israel, melangkaui kesanggupan negara lain – PM

Rakyat Palestin melarikan diri daripada kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza.- FOTO: Reuters

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sudah mengambil langkah wajar dan tegas bagi memberikan tekanan ke atas Israel bagi menghentikan keganasan perang berterusan di Gaza, malah ia melampaui kesanggupan negara lain di dunia.

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun, langkah diambil kerajaan mesti didasari strategi yang tepat bagi memelihara keamanan dan kepentingan rakyat di negara ini.

“Dari segi ketegasan, bukan nak takbur tetapi saya sudah mengambil langkah yang melangkaui kesanggupan banyak negara malah ramai rakan dari negara (luar) yang ingatkan saya mengenai risiko ini.

“Pagi tadi saya turut berbincang dengan Menteri Luar mengenai kenyataan yang dikeluarkan (Malaysia), bagaimana untuk memastikan supaya Malaysia tidak terjejas.

“Saudara sendiri tahu dan baca buku mengenai bagaimana Amerika Syarikat menggulingkan pemerintahan (kerajaan) kerana pendirian tegas yang bertentangan dengan pendirian mereka, namun ini risiko yang saya tidak ketepikan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini