comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan teliti cadangan wajibkan pesawat matikan enjin semasa parkir

Foto hiasan

Oleh: Juliana Sharin & Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan meneliti cadangan mewajibkan pesawat mematikan enjin dan Auxiliary Power Unit (APU) semasa parkir di lapangan terbang.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata semua aspek pelaksanaan termasuk ketersediaan infrastruktur dan penguatkuasaan perundangan diperhalusi bersama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

“Pada masa yang sama, pihak swasta yang berminat untuk memberikan cadangan bagi penambahbaikan dalam menyediakan fasiliti berkaitan adalah dialu-alukan, “ katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Konsultasi Penerbangan Negara (NACC) hari ini dengan dihadiri 71 individu berkepentingan mewakili industri berkaitan.

Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) bagi mengemudi peralihan sektor tenaga ke arah sasaran pelepasan GAS Rumah Kaca (GHG) sifar bersih seawal-awalnya pada tahun 2050, menetapkan sektor penerbangan perlu mencapai sehingga 47 peratus Sustainable Aviation Fuel (SAF) blending mandate.

Kajian berhubung penggunaan minyak sawit sebagai sumber bahan mentah kepada SAF juga dijalankan dengan diterajui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Loading...
Terkini