comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerajaan teliti pertalian penuntut yang mendakwa waris Kesultanan Sulu

Oleh Syafiqah Damanhuri

PETALING JAYA: Kerajaan sedang meneliti pertalian lapan orang penuntut yang mendakwa ada pertalian, hubungan kekeluargaan kepada kumpulan pengganas Royal Sulu Forces (RSF).

Sekretariat Khas Sulu dalam satu kenyataan berkata, langkah itu untuk menentang pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu dalam usaha memelihara Kedaulatan Negara.

“RSF ini telahpun diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh Kerajaan Malaysia sejak April 2022”.

“Tindakan undang-undang yang telah diambil oleh penuntut-penuntut sehingga kini, terutamanya timbang tara komersial yang telah dijalankan, adalah tidak wajar dari segi perundangan malah telah mencabar kedaulatan negara secara langsung”.

“Sebarang tindakan yang telah diambil oleh penuntut ini melalui timbang tara komersial pada masa kini adalah bersifat mala fide, memandangkan pihak Sulu pada tahun 1939 pernah menghadap ke Mahkamah Tinggi Borneo Utara untuk pertikaian yang terbangkit pada masa itu.” katanya.

Menurut kenyataan sama, hak dan tuntutan penuntut itu adalah tidak sah, telah terbatal dan ditamatkan melalui pelaksanaan hak penentuan nasib sendiri oleh rakyat Sabah melalui perundingan Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 serta pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

“Perkara itu berdasarkan Perjanjian 1878 yang telah dijadikan asas untuk timbang tara yang dijalankan di Sepanyol dan Perancis tidak mempunyai sebarang klausa timbang tara dan bukan sebuah kontrak komersil”.

“Pertikaian yang terbangkit di sini melibatkan kedaulatan negara dan Malaysia tidak pernah pada mana-mana ketika mengetepikan kekebalan kedaulatannya dan penimbang tara tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibawa oleh Penuntut.”

Perkara itu adalah selaras dengan Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sabah bagi pihak Kerajaan Malaysia pada 14 Januari 2020, katanya.

Loading...
Terkini