Tumpuan :
Nasional

Kerajaan tidak halang penjualan vape, sebaliknya akan kawal selia

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di peringkat nasional, namun tidak menghalang pendekatan kerajaan negeri yang tidak membenarkan penjualan produk itu melalui larangan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya masih terus mengamalkan sikap untuk mengawal selia vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan mulai 1 Oktober lalu.

“Saya kira negeri-negeri perlu membuat keputusan masing-masing. Saya sebutkan sebentar tadi, kita tidak dapat mengharamkan vape ketika itu maka kita telah mengambil sikap untuk mengawal selia.

“Saya pastinya, first action is of course to ban, but if we cannot ban then we got to regulate saya tetap berpendirian sama. Tetapi for now we have a stand alone legislation that will regulate e-cigarette atau vape ni until such time.

“Kita masih tetap dengan pendirian ini sebagai kerajaan perpaduan, federal government tetap untuk mengawal selia e-cigarette ni,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan sambutan Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia (WAAW) 2024, di sini.

Jelasnya, kerajaan juga sudah mempunyai perundangan yang lengkap dalam mengawal penjualan vape setakat ini.

“Keputusan kementerian untuk kawal selia dalam Akta 852 itu that it is a stand alone, yang merupakan satu satu perundangan yang lengkap, sempurna dari segi pengawal selia, pendaftaran sampai lah kepada penjualan dan pos sebagainya.

“Semua itu entire supply chain itu kita akan kita ambil sikap untuk kawal selia dan tidak haramkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyarankan agar penggunaan vape diharamkan secara total.

Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang, terutama dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK).

Menurut baginda, antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini