comscore
Tumpuan :
Dewan Rakyat

[VIDEO] Kerajaan tidak tolak ansur pembayaran cukai golongan mahakaya

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam memastikan golongan mahakaya membayar cukai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap mereka yang melarikan wang negara sama ada kes baharu atau lama.

“Dan ini berlaku saya telah arahkan semua siasatan dilakukan termasuk pandora papers, malangnya ada yg berhormat macam Tasek Gelugor pertahankan pelari cukai. Saya tidak peduli lama baru.. kalau kamu tipu atau rasuah atau curi wang negara bayar balik”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Dr Zulkafperi ketika sesi pertanyaan Menteri.

Tegasnya, pengenalan cukai barangan mewah yang diperkenalkan kerajaan adalah untuk menambah pendapatan negara selain langkah tegas mengelakkan kebocoran pembayar cukai.

Loading...
Terkini