comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Umum Bantuan Lebih Komprehensif Esok Atau Selasa – Muhyiddin

Kerajaan akan mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif  di bawah Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada esok atau pada Selasa.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengumumkan perincian bantuan tersebut merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) susulan pelaksanaan Fasa Pertama PPN yang akan diteruskan.

Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan kira-kira 12 juta individu atau isi rumah yang terjejas dengan pandemik COVID-19 menerima bantuan dan sokongan.

“Kita faham bila di fasa begini (fasa pertama PKP 3.0) dan seterusnya sampai ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan? Kumpulan B40 dan M40 dah tentu (dibantu) termasuk dalam pemberian moratorium, kumpulan T20 juga ada (yang layak),” kata beliau selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid hari ini.

“Perinciannya akan saya maklumkan esok atau lusa supaya semua tahu di mana kita berada, tetapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat,” tambahnya lagi.

Loading...
Terkini