comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerajaan yakin dapat sokongan ahli parlimen, Pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan


Oleh: Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin bahawa akan mendapat sokongan daripada ahli parlimen, dalam usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung peruntukan mengenai hak kewarganegaraan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pohaknya kini dalam siri memberi penjelasan di parlimen berhubung cadangan itu.

“Saya sekarang dalam siri memberi penjelasan kepada ahli parlimen dan saya yakin jika saya berpeluang untuk terus memberikan penjelasan macam ini, seperti sekarang saya jelaskan pada wartawan dan mereka bantu tulis, saya ingat saya yakin pindaan ini boleh mendapat sokongan yang diperlukan,”

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

katanya semasa sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, bahawa kerajaan tiada sebab meminda peruntukan yang memberi kewarganegaraan melalui undang-undang kepada kanak-kanak terbiar.

Terdahulu, Perdana  Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan akan membawa pindaan Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara ke sidang Parlimen bulan ini.

Jelas beliau, ia bagi meminda perkataan ‘bapa’ kepada ‘ibu bapa’ atau ‘ibu’ atau ‘bapa’ setelah draf berkenaan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini