comscore
Tumpuan :
Nasional

Kereta dihempap pokok tumbang selepas selesai mengundi 

JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang baru selesai mengundi cedera selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang di Desa Rahmat, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira jam tiga petang itu berlaku berhampiran pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Dato Abul Rahman Yassin.

Mangsa berusia 57 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang menaiki kereta jenis BMW selepas mengundi.

Sebaik tiba di lokasi kira-kira 500 meter dari pusat pengundian, sebatang pokok tumbang dan menghempap bahagian depan kereta.

Mangsa dilaporkan cedera setelah sebahagian dahan pokok tertusuk cermin keretanya.

Loading...
Terkini