Tumpuan :
Nasional

Kereta penerbit filem terbakar di jalan raya

Keadaan kereta seorang penerbit filem yang musnah terbakar di Jalan Tasik Raja Lumu U5/17, Seksyen U5, petang semalam. – FOTO: JBPM

BUKIT JELUTONG: Kereta seorang penerbit filem musnah terbakar di Jalan Tasik Raja Lumu U5/17, Seksyen U5, di sini, semalam.

Insiden kebakaran kereta jenis Perodua Axia milik lelaki itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.55 petang.

Susulan itu, beliau berkata, sebuah pasukan diketuai komander operasi, Marzu Abdullah, bersama enam anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong digerakkan ke lokasi.

“Jentera tiba di lokasi pada jam 3.14 petang. Komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah Perodua Axia yang dianggarkan musnah 90 peratus.

“Kejadian itu tidak membabitkan mangsa dan kebakaran juga sudah padam sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini