comscore
Tumpuan :
Nasional

Kereta terbabas langgar pokok, seorang maut

Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas terbabas dan melanggar pokok di Jalan Tun Kudu. – Foto Ihsan IPD Melaka Tengah

MELAKA: Seorang lelaki maut selepas Proton Iswara dipandunya terbabas kemudian melanggar pokok berhampiran sebuah gerai makanan di Jalan Tun Kudu, dekat sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika mangsa, Sing Chin Tzuan, 41, memandu sendirian dari simpang empat Pengkalan Minyak/Tehel menghala lampu isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Katil.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan mendapati kereta dipandu mangsa terbabas dan melanggar pokok berhampiran sebuah gerai makanan.

“Pelanggaran menyebabkan mangsa cedera pada muka dan kepala serta tersepit dalam kereta sebelum dikeluarkan pihak bomba.

“Mangsa disahkan maut dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini