comscore
Tumpuan :
Nasional

Kereta terbabas masuk gaung, ibu dan 3 anak cedera

Foto ihsan bomba

JOHOR BAHRU: Seorang wanita bersama tiga anaknya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam gaung sedalam tujuh meter di Lebuhraya Pasir Gudang berdekatan sebuah stesen minyak di Kempas.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 33 tahun itu dipercayai memandu Toyota Vios dengan tiga anak masing-masing seorang perempuan berusia 11 tahun dan dua lelaki berusia enam serta empat tahun.

Foto ihsan bomba

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan II Wan Nor Affendi Wan Yusof berkata, sepasukan enam anggota dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.28 petang.

Foto ihsan bomba

“Sebaik tiba, suah kereta jenis Toyota Vios didapati terbabas ke dalam gaung sedalam tujuh meter.

“Semua mangsa mengalami kecederaan dan anggota memberikan rawatan awal sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini