comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kereta terbakar, pemandu dan penumpang sempat selamatkan diri

Oleh: Kumaran Rajamoney

GURUN: Seorang pemandu, dan penumpang sebuah kereta jenis Mercedes Benz dapat menyelamatkan diri apabila kenderaannya terbakar di tepi jalan di kilometer 83, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat sini.

Kejadian berlaku sekitar jam 3.15 petang, ketika kenderaan itu sedang bergerak ke arah selatan.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.18 petang.

“Ketika pasukan kami tiba, kenderaan itu sudah terbakar hampir 90 peratus di bahu jalan lebuhraya. Tindakan pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula.”

“Api berjaya dipadam sepennya menjelang jam 4.08 petang,” katanya.

Usaha pemadaman dilakukan oleh 9 anggota dari BBP Guar Cempedak, menggunakan dua jentera.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini