comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerja baik pulih paip pecah berhampiran Jalan Sultan Ismail sedang dijalankan

Foto: DBKL / Facebook

KUALA LUMPUR: Kerja mengorek tanah berhampiran Jalan Sultan Ismail sedang dijalankan Air Selangor berikutan kejadian paip bawah tanah pecah di kawasan terbabit.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan hasil siasatan mendapati, paip Air Selangor yang pecah itu telah menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan.

Foto: DBKL / Facebook

“Kerja baik pulih sedang giat dijalankan. Bagi kerja baik pulih jalan tidak rata akibat tekanan daripada air, ia akan bermula pada jam 8 malam ini dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 5 pagi keesokan harinya,” menurut DBKL dalam Facebook rasminya, hari ini.

Foto: DBKL / Facebook

Sebelum itu, tular di media sosial video yang mendakwa berlakunya satu insiden lubang benam atau ‘sinkhole’ berdekatan Jalan Sultan Ismail menghala ke Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur.

Video berdurasi 10 saat yang tersebar itu menunjukkan anggota bomba sedang mengawal kawasan jalan yang seakan-akan mengalami mendapan tanah.

Foto: DBKL / Facebook

Jalan yang terjejas itu turut ditutup dengan kon dan pita kuning manakala aliran air didapati turut berlaku di lokasi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini