comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerja bina projek tebatan banjir seluruh negara dipercepat – Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA SELANGOR: Kerajaan sudah mengarahkan supaya kerja-kerja pembinaan projek tebatan banjir di seluruh negara dipercepatkan dengan peruntukan untuk pembiayaan juga sudah ditingkatkan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, sebanyak RM15 bilion peruntukan disediakan bagi menjayakan projek mengawal bencana itu, dengan Selangor menerima peruntukan tertinggi.

“Memang (tambah peruntukan) sudah dibuat Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan saya dalam Kabinet sudah bentangkan isu ini sebelum ini bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

“RM15 bilion diberi sebelum ini untuk semua negeri khusus untuk tebatan banjir, peruntukan tiga hingga lima tahun. Kabinet pun suruh buat cepat, banyak sudah bermula, tapi ini makan sedikit masa sebab projek tebatan banjir bukan boleh siap sebulan dua, ada sampai dua tiga tahun.

“Perdana Menteri sudah umumkan Selangor adalah negeri yang dapat peruntukan terbesar termasuk untuk atasi isu banjir,” katanya ketika ditemui media, di sini hari ini.

Beliau berkata, isu pembangunan yang pesat di kawasan tertentu sedikit sebanyak menyumbang kepada bencana berkenaan, khususnya di Selangor, namun kerajaan Persekutuan tidak berpeluk tubuh dan berusaha memastikan rakyat tidak teruk terkesan.

Kepada dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa satu kesilapan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ketika ini, Tengku Zafrul berkata, itu sekadar pendapat peribadi Amirudin.

“Saya rasa yang penting PRU sudah diumumkan. Perdana Menteri sudah dapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong bagi meneruskan PRU untuk memberi mandat balik kepada rakyat.

“Bagi saya keutamaan ketika ini khususnya di Parlimen Kuala Selangor dan Barisan Nasional (BN) amnya adalah membentuk kerajaan,” katanya.

Loading...
Terkini