comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerja pembersihan pokok tumbang di landasan MRT selesai

KUALA LUMPUR: Operasi laluan Transit Aliran Massa (MRT) Kajang kembali seperti biasa selepas kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di landasan, diselesaikan.

Rapid KL menerusi Facebooknya berkata, kerja-kerja pembersihan selesai dijalankan.

“Perkhidmatan tren sedang diselaraskan dan kekerapan akan kembali normal sebentar lagi.

Terdahulu, Rapid KL memaklumkan perkhidmatan tren antara Stesen Phileo Damansara ke Pusat Bandar Damansara sedang mengalami kelewatan kerana kejadian pokok tumbang di atas landasan. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini