comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerja tambak projek PSI diteruskan sehingga keputusan mahkamah diperoleh

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada sidang media hari ini. – FOTO: NSTP

GEORGE TOWN: Kerja tambakan laut pulau buatan yang dikenali sebagai Pulau Silikon berkeluasan 930.8 hektar buat masa ini masih diteruskan seperti biasa sehingga keputusan mahkamah diperoleh.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri mengambil maklum dan mengesahkan telah menerima dokumen saman serta semakan kehakiman terhadap Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) pada 13 Februari lalu.

“Bagi pihak kerajaan negeri kita akan mengambil tindakan sewajarnya. Setakat ini kita masih meneruskan (projek) sebab perkara ini baru dimulakan dan ia perlu melalui proses mahkamah dan kehakiman.

“Jadi sebelum apa-apa keputusan boleh dibuat dan apakah perintah yang bakal dikeluarkan, kita perlu menunggu dan kerja tambakan laut masih diteruskan,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), hari ini.

Tambahnya,  penasihat undang-undang kerajaan negeri telah diarah menguruskan perkara berkenaan termasuk beliau turut mengadakan sesi libat urus bersama pihak yang dinamakan dalam tindakan saman difailkan itu.

Semalam, media melaporkan tujuh nelayan bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) serta Jaringan Ekologi dan Iklim (JEDI) telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi projek PSI di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 29 Disember tahun lalu.

Permohonan semakan kehakiman itu bertujuan mencabar kebenaran merancang yang diberi oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang (PLANMalaysia) pada 21 Ogos 2023 untuk projek tambakan laut berkenaan.

Semua sembilan pemohon turut menyaman Pengarah PLANMalaysia Pulau Pinang, Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Pulau Pinang dan pemaju projek, SRS Consortium Sdn Bhd, masing-masing selaku responden pertama hingga keempat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini