comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerosakan lapan sekolah di Dungun dianggar RM1 juta

FOOT: NSTP

DUNGUN: Kerosakan dan kerugian pada lapan sekolah di daerah Dungun yang terjejas teruk akibat banjir, dianggarkan hampir RM1 juta.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Shafruddin Ali Husin berkata, ia membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja, SK Kampung Shukor, SK Delong, SK Minda Talong, SK Jongok Batu, SK Tepus, SK Kuala Jengai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jengai.

Beliau berkata kerosakan membabitkan infrastruktur dan aset seperti perabot, buku dan peralatan mengajar.

“Kita telah kenal pasti lapan sekolah terjejas, tetapi paling teruk ialah SK Pasir Raja dan SK Kampung Shukor di Hulu Dungun.

FOTO: NSTP

“Jadi kita beri fokus untuk baik pulih dua sekolah ini, yang disaluti lumpur tebal dan kerosakan peralatan yang banyak,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja pembersihan di SK Pasir Raja, hari ini.

Shafruddin berkata kerja pembersihan di lapan sekolah dijangka mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan, dengan bantuan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Selain agensi kerajaan dan anggota keselamatan, ramai juga sukarelawan dari badan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi yang datang membantu kerja-kerja pembersihan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini