Tumpuan :
Nasional

Kertas siasatan pelajar UPNM dipijak senior akan dirujuk ke TPR

FOTO: Fail NSTP

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes buli seorang pelajar Tahun Satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa dipijak senior pada 21 Oktober lalu, akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kertas siasatan kes sedang dilengkapkan.

“Setakat ini, 13 individu diambil keterangan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada TPR,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, polis merakam keterangan 13 individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut UPNM yang retak tulang rusuk dipercayai dipijak penuntut senior.

Penuntut Tahun Tiga UPNM yang didakwa memijak mangsa sudah dirakam percakapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, susulan laporan dibuat bapa mangsa.

Rakaman percakapan itu untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Penuntut tahun satu UPNM berusia 19 tahun itu retak tulang rusuk dan tulang belakang dipercayai dipijak penuntut senior.

Kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelatih universiti sama dilaporkan melecur di badan akibat ditekap dengan seterika oleh senior.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini