comscore
Tumpuan :
Nasional

Kertas siasatan terhadap Tommy Thomas dikembali kepada PDRM, arah tindakan lanjut diambil

Foto: NSTP

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merujuk kertas siasatan berkaitan buku My Story: Justice in Wilderness tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kepada Pejabat Peguam Negara dan telah diterima semula pada 25 Oktober lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata Pejabat Peguam Negara memberi arahan agar beberapa tindakan lanjut diambil bagi melengkapkan siasatan.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan PDRM sedang dalam tindakan melengkapkan siasatan sepertimana arahan dan kertas siasatan akan segera dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk nasihat dan arahan lanjut.

Pada 30 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor mengarahkan siasatan lanjut terhadap kemungkinan salah laku oleh Tan Sri Tommy, dilaksanakan dengan segera.

Pasukan Petugas Khas siasatan terhadap dakwaan dalam buku berkenaan ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan Tan Sri Tommy Thomas, mengesyorkan supaya bekas Peguam Negara itu disiasat atas kemungkinan pelbagai kesalahan telah dilakukannya.

Loading...
Terkini