comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes 2 wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, Jabatan Mufti

FOTO: TULAR

KOTA BHARU: Tindakan dua wanita melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan sebagaimana paparan video yang tular dalam media sosial, semalam, akan dirujuk kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Mufti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, aspek hukum berhubung perkara berkenaan perlu dirujuk kepada pihak berkuasa terbabit.

“Saya menasihati orang ramai supaya apa-apa pandangan (yang diberikan) perlu mengambil kira pandangan maslahah serta masyarakat secara umum.

“Justeru, sama-sama kita menjaga sensitiviti dan keharmonian bagi memastikan apa yang kita lakukan itu adalah berdasarkan nas yang sahih serta amalan dibenarkan Islam.

“Jika ada kekaburan, perlu melakukan penyelidikan dan bertanya kepada mereka yang berautoriti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Bicara Eksklusif Bersama Penjawat Awam Persekutuan Kelantan di Dewan Misai Kucing, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Semalam, media melaporkan tindakan dua wanita melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan sebagaimana rakaman tular dalam media sosial, mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai melampaui batas dan tidak menghormati agama serta waris pemilik kubur berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini