comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes budak didera di taska: Video pengasuh kena pukul tular 

Tangkap layar video tular

KOTA KINABALU: Susulan rakaman seorang kanak-kanak didera di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Luyang yang tular di media sosial, satu lagi rakaman membabitkan tindakan individu mengasari pengasuh tular sejak pagi tadi.

Rakaman berdurasi satu minit 58 saat yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Polis turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah semalam, beliau dilaporkan berkata, pihaknya menerima tiga laporan kes berhubung kejadian berkenaan.

Artikel berkaitan : Polis siasat video CCTV tular budak didera di tadika

Katanya, satu laporan dibuat oleh bapa kanak-kanak terbabit manakala dua lagi diterima daripada pengusaha taska serta pengasuh berusia 27 tahun yang mendakwa dikasari.

“Dua kertas siasatan dibuka iaitu mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan ke atas lelaki itu dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan menyiasat.

Pagi tadi, pengasuh wanita terbabit yang berusia 27 tahun ditahan polis dan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Wanita itu direman bermula esok hingga 17 Ogos depan selepas kebenaran reman dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Artikel berkaitan : Kes dera di taska: Pengasuh direman seminggu

Loading...
Terkini