Tumpuan :
Nasional

Kes buli di UPNM: Suspek akan didakwa esok

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa

Oleh: Ing Boon Seng

KUALA LUMPUR: Suspek kes buli dan mencederakan seorang kadet tahun satu di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), sehingga cedera parah akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara dan arahan diterima untuk mendakwa suspek di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Tambah Datuk Rusdi, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Kuala Lumpur jam 9 pagi esok.

Jelas beliau, seramai 16 saksi telah dipanggil untuk dirakam keterangan.

Pada 10 November lalu, Datuk Rusdi dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mangsa berusia 19 tahun mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang dipercayai akibat dipijak seorang penuntut senior tahun tiga.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10.45 malam 21 Oktober lalu, dan polis menerima laporan berkaitan insiden itu pada jam 8.40 malam 8 November.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini