comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes bunuh, bakar kekasih hamil; mangsa dibedah siasat esok

FOTO: Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias

Oleh Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Proses bedah siasat ke atas mayat mangsa bunuh dan bakar di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor akan mula dijalankan esok.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, mayat mangsa kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh.

Ujarnya lagi, setakat ni siasatan masih berjalan dan pihaknya sedang merakam percakapan saksi, selain mengesan saksi-saksi lain yang dapat membantu siasatan.

Dalam kejadian pagi Selasa lalu, mangsa 21 tahun yang bekerja sebagai pelayan sebuah restoran ditemui dalam keadaan terbakar oleh orang awam di kawasan belukar kebun kelapa sawit.

Sebelum dibakar, suspek dipercayai memukul kekasihnya itu sehingga pengsan dan menikam perut wanita itu menggunakan pisau disyaki untuk mengeluarkan kandungan.

Ia dipercayai bagi merahsiakan kehamilan mangsa hasil hubungan sulit mereka.

Mengikut laporan, suspek dikatakan baharu menamatkan pengajian di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) manakala mangsa adalah anak yatim piatu.

Siasatan awal mendapati mangsa mengandung empat bulan.

Suspek direman selama enam hari sehingga 29 Mei.

Loading...
Terkini