Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh dalam peti sejuk: Bedah siasat ke atas mayat mangsa masih berjalan

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood.

Oleh: Farah Nabilah Wazer

KUALA LUMPUR: Proses bedah siasat ke atas mayat seorang wanita yang ditemui dalam peti sejuk di sebuah rumah di Taman OUG, masih dijalankan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya memerlukan lebih masa untuk melengkapkan proses itu berikutan keadaan mayat.

“Proses bedah siasat mengambil masa dan belum selesai,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata polis berkemungkinan akan melanjutkan tahanan reman terhadap suspek.

“Melihat keadaan kesihatan suspek masih belum pulih, doktor memerlukan lebih masa untuk menjalankan penilaian sewajarnya terhadapnya. Penilaian ini melibatkan keadaan fizikal dan mentalnya,” katanya.

Setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada lima individu termasuk anggota polis yang menerima maklumat berhubung kes itu serta jiran suspek.

Suspek sebelum ini dilaporkaan ditahan reman selama seminggu dari 13 hingga 19 November untuk membantu siasatan.

Dia didakwa membunuh wanita itu yang juga ibunya pada Mac 2021 sebelum menyembunyikannya dalam peti sejuk beku.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini