comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Beri ruang polis lakukan siasatan, henti buat spekulasi – Pengarah JSJ Bukit Aman


Oleh: Shuhadah Marzuki

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu memberi ruang untuk pihak polis melakukan siasatan terperinci berhubung kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya sedang sedaya upaya merungkai kes terbabit dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi.

“Saya nak cakap dekat sini hentikan sebarang spekulasi, biar pihak polis menyiasat perkara ini.”

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

“Seperti yang saya kata sebelum ini, kita tidak akan berhenti menyiasat sehingga kes ini berjaya dirungkaikan,” katanya kepada Buletin TV3 selepas menjadi panel dalam Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2024) di sini hari ini.

Jelas Shuhaily, permohonan lanjutan reman ke atas ibu bapa Zayn Rayyan akan dibuat sekiranya diperlukan.

Pasangan suami isteri itu ditahan pada jam 10.05 pagi, Jumaat lalu oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Kedua-duanya kemudian dibenarkan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 7 Jun ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Manakala pada semalam, polis memanggil bekas pengasuh Zayn Rayyan dan dua ahli keluarganya juga dipercayai bagi membantu siasatan ke atas kes Zayn Rayyan.

Kes Zayn Rayyan, 6, diklasifikasikan sebagai bunuh hasil bedah siasat ke atas mayatnya yang ditemui pada 6 Disember lalu, sehari selepas dia dilaporkan hilang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini