comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Zayn Rayyan: Pakaian Zayn diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis

PETALING JAYA: Pakaian Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika mayatnya ditemukan di aliran anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai telah diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis kini giat menjalankan siasatan bagi mengumpul maklumat dan mencari petunjuk baharu yang boleh membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak berusia enam tahun itu.

 

“Maklumat yang diperoleh polis pada masa ini sangat terhad dan kami sedang bekerja keras mengumpul maklumat yang boleh membantu siasatan selain menunggu keputusan analisis forensik daripada Jabatan Kimia,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Hussein berkata sehingga kini polis sudah merakam keterangan 20 individu termasuk ibu bapa mangsa dan lelaki yang menjumpai mayat Zayn Rayyan,pada Rabu lepas.

Loading...
Terkini